23 Oktober diisytihar cuti bagi sektor awam
Kerajaan mengisytiharkan hari Isnin 23 Oktober depan sebagai hari cuti bagi sektor awam sempena perayaan berkembar Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.
Kerajaan mengisytiharkan hari Isnin 23 Oktober depan sebagai hari cuti bagi sektor awam sempena perayaan berkembar Deepavali dan Hari Raya Aidilfitri.
Deepavali disambut pada 21 Oktober manakala Hari Raya Aidilfitri dijadualkan pada 24 dan 25 Oktober ini
Menurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohamed Sidek Hassan, perkara itu dipersetujui mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling kepada semua jabatan dan agensi kerajaan mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat.
Sementara itu Bernama melaporkan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mengisytiharkan 26 Oktober ini sebagai cuti umum bagi seluruh Terengganu.
Beliau berkata keputusan itu dibuat memandangkan tarikh 26 Oktober iaitu hari Khamis, terletak antara cuti umum Hari Raya Aidilfitri dan cuti rehat mingguan pada 27 dan 28 Oktober(Jumaat dan Sabtu).
"Jadi untuk memastikan ia tidak menimbulkan masalah buat rakyat Terengganu, dan supaya mereka dapat beraya bersama keluarga dengan baik dan sempurna, maka kerajaan negeri mengambil keputusan untuk mengisytiharkan 26 Okt ini sebagai cuti umum bagi Terengganu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.