Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
8,209 kes baru, 103 kematian
Diterbitkan:  Jun 3, 2021 2:59 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Jangkitan terbaru Covid-19 di negara ini terus merekodkan angka membimbangkan apabila 8,209 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, Lembah Klang merekodkan hampir 4,000 kes, dengan lebih daripada 3,000 kes dilaporkan di Selangor.

Jumlah kematian masih melebihi 100 iaitu sebanyak 103 kematian, dengan jumlah korban kini meningkat kepada 3,096 orang.

Sementara itu, seramai 880 pesakit mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 446 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kes yang sembuh pula adalah lebih rendah berbanding pesakit baru iaitu sebanyak 7,049 orang.

3 kes kematian kanak-kanak bawah lima tahun

KKM juga memaklumkan tiga kes kematian kanak-kanak di bawah lima tahun dicatatkan dalam tempoh yang singkat iaitu dalam lima bulan pertama bagi tahun ini.

Katanya jumlah yang sama dilaporkan sepanjang tahun lalu.

"Selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara.

"Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU adalah sebanyak lapan kes di mana enam daripadanya berumur bawah 5 tahun.

"Manakala bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun," kata KKM dalam kenyataannya.

Kes baru mengikut negeri:

Selangor (3125)
Kuala Lumpur (801)
Johor (752)
Sarawak (594)
Negeri Sembilan (576)
Kelantan (414)
Perak (384)
Kedah (373)
Melaka (322)
Pulau Pinang (303)
Sabah (203)
Pahang (135)
Terengganu (127)
Labuan (62)
Putrajaya (33)
Perlis (5)

Lihat Komen
ADS