Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes kritikal, kematian Covid-19 babit kanak-kanak bawah 5 tahun meningkat

Kes kritikal dan kematian akibat Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun dilaporkan meningkatkan pada tahun ini berbanding tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau memaklumkan tiga kes kematian bagi golongan itu dilaporkan sepanjang tahun lepas namun bilangan sama direkodkan dalam tempoh lebih singkat pada tahun ini iaitu dalam tempoh lima bulan pertama.

“Selain itu, kes kanak-kanak yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2020, jumlah keseluruhan kes pediatrik yang menerima rawatan di ICU ialah lapan kes dengan enam daripadanya berumur bawah lima tahun.

“Bagi tahun 2021 (sehingga Mei 2021), sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah lima tahun,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Justeru Dr Noor Hisham menasihati semua pihak terutama ibu bapa dan penjaga untuk memainkan peranan penting bagi melindungi golongan yang mempunyai imuniti rendah seperti bayi dan kanak-kanak agar terhindar daripada wabak itu.

Beliau sekali lagi mengajak orang ramai membina persekitaran selamat bagi kelompok itu dengan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard dan segera mendapatkan vaksin bagi golongan dewasa yang layak.

Bernama

Lihat Komen
ADS