Jerebu jejaskan perkhidmatan udara di Sarawak
Asap tebal dari kebakaran di Indonesia telah menjejaskan perkhidmatan udara di Sarawak manakala Indek Pencemaran Udara (IPU) di negeri itu masih di paras tidak sihat.
Asap tebal dari kebakaran di Indonesia telah menjejaskan perkhidmatan udara di Sarawak manakala Indek Pencemaran Udara (IPU) di negeri itu masih di paras tidak sihat.
Keadaan jerebu di Semenanjung Malaysia juga semakin buruk dengan IPU di lima buah negeri yang berdepan dengan Sumatera, juga mencatatkan bacaan di paras tidak sihat.
"Perkhidmatan helikopter, yang merupakan pengangkutan utama di Sarawak, telah dihentikan kerana masalah penglihatan yang teruk," kata seorang pegawai Jabatan Penerbangan Awam di Kuching kepada AFP.
Tiga penerbangan MAS dan AirAsia telah diubah laluan semalam kerana tahap penglihatan yang rendah, katanya.
Helikopter perlu mempunyai jarak penglihatan minimum 1.5 kilometer tetapi jaraknya di sebahagian besar Sarawak adalah dalam lingkungan kurang dari satu kilometer, kata pegawai berkenaan.
Kualiti udara di Sarawak masih di paras tidak sihat di kebanyakan kawasan dengan bacaaan IPU antara 106 hingga 188. Mengikut indeks tersebut, tahap 100-200 adalah tidak sihat.
"Diharapkan menjelang hujung bulan ini, apabila musim tengkujuh bermula bersama hujan lebat, masalah jelebu akan berakhir," kata pegawai Jabatan Kajicuaca.
Lokasi pelancongan terjejas
Di Semenanjung Malaysia, destinasi pelancong di lima buah negeri, termasuk Melaka berada di paras tidak sihat dengan bacaan IPU antara 101 hingga 116.
Malaysia berharap mencatatkan kedatangan pelancong yang tinggi menjelang Tahun Melawat Malaysia tahun depan, tetapi agensi pelancongan berkata, keadaan jerebu boleh menjejaskan industri tersebut.
Kerajaan Malaysia dan Indonesia telah mengharamkan pembakaran terbuka untuk membersihkan kawasan ladang tetapi ia tidak dipatuhi kerana kurang tindakan penguatkuasaan. Berita asal
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.