Umno Kubang Pasu sedia dedah kegiatan Mukhriz
Umno bahagian Kubang Pasu bersedia mendedahkan kegiatan penyokong Datuk Mukhriz Mahathir sepanjang tempoh pemilihan perwakilan bahagian itu pada 9 September lalu.
Umno bahagian Kubang Pasu bersedia mendedahkan kegiatan penyokong Datuk Mukhriz Mahathir sepanjang tempoh pemilihan perwakilan bahagian itu pada 9 September lalu.
Setiausahanya, Samsuddin Ahmad mendakwa, penyokong anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu telah mengadakan beberapa majlis untuk bekas Perdana Menteri untuk memenangi dalam pemilihan perwakilan bahagian it ke perhimpunan agung Umno November depan.
Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno hanya mendapat 227 undi untuk menduduki tempat kesembilan dan gagal terpilih sebagai perwakilan bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung Umno bulan depan.
Setiap bahagian menghantar 13 perwakilan tujuh orang dipilih dalam mesyuarat bahagian dan enam lagi terdiri daripada pemegang jawatan utama di peringkat bahagian.
Mukhriz yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno menduduki tempat kelima daripada 15 calon yang bertanding untuk menjadi perwakilan.
"Jika ada orang yang mahu bukti, kita akan dedahkannya. Ini bukan cakap kosong...bukti ada dengan kita. Kita tahu siapa yang anjur majlis di masjid di Kubang Pasu menjelang hari pemilihan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selain itu, Samsuddin menegaskan bahawa kelima-lima ahli Umno Kubang Pasu yang membuat aduan kepada Lembaga Disiplin parti adalah orang kuat Mukhriz.
Beliau berkata, mereka adalah penggerak jentera kempen Mukhriz dalam pemilihan 9 September lalu.
Politik wang
"Mereka semua adalah orang Datuk Mukhriz. Kita tahu kerana mereka merupakan ahli dalam bahagian ini," jelasnya lagi.
Samsuddin berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Mukhriz bahawa beliau tidak mendalangi kelima-lima ahli Umno yang membuat aduan mengenai politik wang dalam pemilihan bahagian berkenaan.
Mukhriz juga mendakwa taktik orang-orang Umno untuk menyingkir ayahnya dari parti itu telah "makan tuan" kerana sokongan kepada Dr Mahathir semakin kuat selepas pendedahan berlakunya rasuah politik ketika pemilihan perwakilan berkenaan.
Menyentuh dakwaan Mukhriz itu, Samsuddin berkata: "Terpulang kepada Mukhriz untuk membuat dakwaan tersebut."
Lima ahli Umno yang membuat aduan kepada Lembaga Disiplin parti ialah wakil Umno Cawangan Kampung Lembah Arang Aminuddin Omar, Ketua Umno Cawangan Kampung Darat Ibrahim Ariffin, wakil Umno Cawangan Kampung Biak Ismail Taib, Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Darat Nor Mohammad Darus dan Setiausaha Umno Cawangan Kampung Kemunting Rozi Razak.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.