PM tolak spekulasi pilihanraya mengejut
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak spekulasi bahawa beliau akan mengadakan pilihanraya mengejut awal tahun ini, sambil menegaskan bahawa beliau tidak ada sebab untuk berbuat demikian.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak spekulasi bahawa beliau akan mengadakan pilihanraya mengejut awal tahun ini, sambil menegaskan bahawa beliau tidak ada sebab untuk berbuat demikian.
Spekulasi tersebut tercetus apabila Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti itu yang dijadualkan tahun depan sehingga selepas pilihanraya umum akan datang, yang mungkin diadakan tiga tahun lagi.
Ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan mengadakan pilihanraya umum lebih awal, Abdullah meminta sebab mengapa beliau harus berbuat demikian.
Malah, katanya, beliau masih mempunyai banyak masa untuk memenuhi janji-janjinya kepada rakyat dalam pilihanraya umum 2004 yang lalu.
Parti Barisan Nasional (BN) pimpinan Abdullah menang besar dalam pilihanraya umum lalu. Pilihanraya umum akan datang dijadualkan dalam tempoh lima tahun sehingga Mac 2009.
Abdullah, yang juga Presiden Umno terbabit dalam pertelagahan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikhuatiri boleh mengakibatkan perpecahan dalam Umno. Dr Mahathir telah menuduh Abdullah mengamalkan pilih kasih dan mempunyai keputusan yang tidak bijak.
Abdullah juga berdepan dengan kritikan daripada kalangan ahli Umno yang menganggap kepimpinannya beliau lemah dan gagal menunaikan ikrarnya untuk memerangi rasuah.
Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dilaporkan berkata, Abdullah mungkin terpaksa mengadakan pilihanraya lebih awal bagi mengelak berlakunya cabaran terhadap kepimpinannya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menolak spekulasi tersebut, dan berkata, tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha mengukuhkan parti. Berita asal
AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.