Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MKN arah PKR tangguh kongres nasional
Diterbitkan:  Jun 5, 2021 4:15 PM
Dikemaskini: 8:35 AM

PKR diarah untuk menangguhkan kongres tahunan mereka yang dijadual diadakan secara maya esok.

Menurut Ketua Setiausaha Pengelola merangkap Pengarah Kongres PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, hal itu dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui surat yang diterima lewat petang semalam.

Katanya makluman secara lisan pula diterima daripada Jabatan Pendaftaran pada hari sama.

“Arahan terbaru MKN ini bertentangan dengan surat mereka bertarikh 27 Mei lalu yang menyatakan bahawa mereka tiada halangan terhadap penganjuran Kongres Nasional PKR secara dalam talian sepenuhnya.

“PKR merakam bantahan keras tetapi terpaksa akur dengan arahan ini dan majlis pimpinan pusat membuat keputusan untuk menangguhkan kongres nasional parti ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan hari ini.

Katanya, butiran keputusan berkenaan akan diumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam amanat khas yang akan disampaikan esok pagi melalui Facebook rasmi parti itu.

Terdahulu hari ini Pemuda PKR (AMK) mengadakan kongres mereka melalui aplikasi Zoom dan ketuanya Akmal Nasir menyampaikan ucapan kepada lebih 200 perwakilan.

Sayap Wanita PKR pula bersidang semalam, menjadikan ia sayap PKR pertama bersidang dalam talian. Ketua Wanita PKR ialah Fuziah Salleh. 

Lihat Komen
ADS