Ranking dunia: UKM, UPM, USM baiki kedudukan, UM terus merosot
Ketika tiga universiti awam utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya memperbaiki kedudukan mereka dalam Ranking Universiti Terbaik Dunia 2006, kedudukan universiti tertua di Malaysia Universiti Malaysia terus merosot.
Ketika tiga universiti awam utama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya memperbaiki kedudukan mereka dalam Ranking Universiti Terbaik Dunia 2006, kedudukan universiti tertua di Malaysia Universiti Malaysia terus merosot.
Malah, UKM melompat 105 tangga untuk menduduki tangga 185 dalam ranking tersebut, berbanding pada kedudukan 289 sebelum ini, dan pertamakali muncul muncul antara 200 universiti terkemuka di dunia.
Ia juga bermakna UKM sekaligus berjaya mengatasi kedudukan UM dalam ranking tersebut. Kedudukan UM merosot daripada kedudukan 89 pada 2004 kepada 169 tahun dan kini merosot lagi ke tangga 192, sehingga ia menjadi sasaran kritikan awam sebelum ini.
Ranking Universiti Dunia 2006 itu diterbitkan oleh Time Higher Education Supplement dan dikendalikan oleh QS Quacquarelli Symond.
Ranking tersebut dibuat berdasarkan kepada penilaian industri (40%), kajian di kalangan majikan (10%), fakulti antarabangsa (5%), pelajar antarabangsa (5%), nisbah kakitangan dengan pelajar (20%), dan jumlan penyelidikan yang dijalankan yang dipetik oleh ahli akademik yang lain (20%). Butiran lanjut kriteria bagi tahun in belum diperolehi.
USM dan UPM pula masing-masing melonjak sebanyak 102 anak tangga (UPM) dan 49 anak tangga (USM). USM naik dari tangga 326 kepada 277, manakala UPM dari tangga 394 kepada 292.
Universiti terkemuka dari Britain dan Amerika menguasai 10 tempat di atas ranking tersebut. Manakala Universiti Beijing merupakan universiti dari Asia yang berada kedudukan tertinggi tangga 14.
Manakala Universiti Tokyo dan Universiti Nasional Singapura masing-masing berada di tangga ke-19 dan merupakan dua lagi universiti Asia selain Universiti Beijing yang berada dalam kedudukan 20 universiti terbaik dunia.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.