Mahkamah Tinggi arah Heng Pov tidak dihantar pulang
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintah supaya bekas Ketua Polis Kemboja Heng Pov tidak dihantar pulang sehingga permohonan habeas corpusnya didengar pada 17 Oktober ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintah supaya bekas Ketua Polis Kemboja Heng Pov tidak dihantar pulang sehingga permohonan habeas corpusnya didengar pada 17 Oktober ini.
Dia membuat permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk menghalang pihak berkuasa daripada menghantarnya pulang ke negaranya.
Heng Pov, yang melarikan diri dari negara sejak Ogos lalu, telah ditahan kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh visa, di sebuah hotel mewah di Subang Jaya Selasa lalu.
Dia diburu di Kemboja berhubung dua kes pembunuhan dan cuba membunuh di negaranya.
Heng Pov yang masuk ke Singapura pada 23 Julai lalu, telah ditahan pada 1 September dan dihantar ke Malaysia pada hari yang sama.
Tuduhan membunuh
Permohonan habeas corpus itu difailkan oleh isterinya, Ngin Fotheavy dan memohon perintah sementara bagi menghalang Jabatan Imigresen Malaysia menghantar pulang Heng Pov bagi menghadapi tuduhan menmbunuh di negaranya.
Ngin Fotheavy, memfail permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menerusi peguamnya Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud pada kira-kira 11.30 pagi smalam.
Beliau menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, ketua pengarah Jabatan Imigresen, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Fotheavy, yang kini mendapat pelindungan di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling dalam affidavitnya menyatakan Pov bimbang beliau akan diseksa dan dibunuh jika pulang ke Kemboja.
Pada 18 September, Pov disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman tanpa kehadirannya, kerana konspirasi dalam kes berkaitan pembunuhan seorang hakim mahkamah munisipal, yang ditembak di Phnom Penh.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.