Had laju jalan persekutuan, negeri dikurang kepada 80 km
Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri akan dikurangkan kepada 80 kilometer selama tiga bulan sempena musim perayaan termasuk Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baru Cina.
Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri akan dikurangkan kepada 80 kilometer selama tiga bulan sempena musim perayaan termasuk Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Krismas dan Tahun Baru Cina.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, mulai 17 Oktober ini sehingga 15 Januari tahun ini dan beliau telah menandatangani surat bagi mewartakan arahan itu semalam.
Beliau memberitahu demikian selepas melancarkan kempen "Jom Balik Kampung" dan "Pandu Cermat" bersama PLUS di Restoran Jejambat Sungai Buloh dekat Rawang hari ini.
Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, pengurangan had laju itu akan dikuatkuasakan setelah berbincang dengan Kementerian Kerja Raya dan polis.
Menurut laporan Bernama, Samy Vellu juga mengumumkan pembukaan lorong ketiga bagi lebuhraya PLUS antara Seremban dan Senawang di Negeri Sembilan yang selalu menimbulkan kesesakan setiap musim perayaan.
Lorong ketiga
Beliau berkata dengan pembukaan lorong ketiga itu, perjalanan balik kampung bagi pengguna ke selatan akan menjadi lebih licin dan lancar.
Menteri itu juga mengumumkan pembukaan persimpangan bertingkat Pendang di Kedah pada musim perayaan ini yang akan memberi kemudahan kepada penduduk di daerah itu dan Kota Sarang Semut bagi menggunakan lebuh raya.
S
amy Vellu juga meminta syarikat konsesi lebuhraya utara selatan PLUS Berhad supaya memantau keadaan lalulintas sepanjang musim perayaan menerusi udara di samping menambah bilangan trak tunda di kawasan strategik bagi membantu pengguna lebuh raya yang menghadapi masalah.
Terdahulu semasa berucap, beliau memuji PLUS Berhad kerana menjalankan kempen yang bertujuan mendidik pengguna lebuh raya mengenai pemanduan yang selamat dan berhemat.
Sungguhpun jumlah kemalangan yang dicatatkan pada musim perayaan Hari Raya dan Deepavali tahun lalu di lebuh raya PLUS hanya 313 atau 2.3 peratus daripada keseluruhan 13,330 kemalangan yang berlaku, beliau berharap kes itu dapat dikurangkan lagi tahun ini menerusi kempen yang diadakan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.