Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Cabul’ ratu Unduk Ngadau, ahli politik Sabah diheret di ke mahkamah
Diterbitkan:  Jun 10, 2021 1:07 PM
Dikemaskini: 8:00 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Ahli politik Sabah Phillip Among @ Daniel Dell Fidelis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu dan mohon dibicarakan atas lima pertuduhan mencabul peserta ratu cantik tempatan.

Penyelaras Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah bagi kawasan Putatan itu dituduh bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan, mana-mana dua daripadanya.

Dia antaranya dituduh mencabul kehormatan dua wanita termasuk seorang peserta Unduk Ngadau, lapor Berita Harian.

Phillip membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Bagi pertuduhan pertama, Phillip dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita pada 17 April lalu, kira-kira jam 11 malam di ruang tamu Capsule Inn, Asia City, di Kota Kinabalu.

Empat lagi pertuduhan membabitkan kesalahan mencabul kehormatan seorang lagi wanita yang juga peserta Unduk Ngadau di empat lokasi berasingan pada 19 Mei lalu.

Mahkamah membenarkan Phillip dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan bersama dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh pengurusan kes praperbicaraan pada 14, 21 dan 22 Julai depan.

Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport kepada pendakwa selain melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan.

Siasatan dibuat selepas seorang peserta Unduk Ngadau mendakwa diraba ketika menaiki kenderaan tertuduh.

Lihat Komen
ADS