Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan nilai semula SOP jika kes turun bawah 4,000 - Ismail Sabri
Diterbitkan:  Jun 13, 2021 4:18 PM
Dikemaskini: 8:18 AM

Kerajaan akan menilai semula pelaksanaan ketat prosedur operasi standard (SOP) sekatan penuh pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas, jika jumlah jangkitan harian Covid-19 turun bawah 4,000, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun katanya itu tidak bermakna kerajaan akan menamatkan PKP.

"Saya dimaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa apabila sampai 'level' 4,000 kes, kita akan 'review' balik PKP ini. 

"Bukan bermakna kita tamatkan PKP, tapi mungkin kita 'review' balik dari segi SOP yang mana boleh kita longgarkan sedikit,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, sebelum itu melawat Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di Johor Bahru.

Beliau juga berkata KKM akan membuat syor mengenai langkah yang boleh diambil sekiranya angka jangkitan harian turun ke paras 4,000 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada mesyuarat khas akan datang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS