Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Noraini ingatkan universiti agar tak rumus peraturan Covid-19 sendiri
Diterbitkan:  Jun 16, 2021 2:50 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad mengingatkan Universiti Malaya agar tidak membuat peraturan sendiri berhubung Covid-19 yang tidak selaras dengan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ini selepas laporan media yang mengatakan terdapat pelajar dilarang mengambil peperiksaan kerana tidak divaksin.

"Walaupun kementerian mendukung sepenuhnya usaha untuk menggalakkan siswa mendaftar vaksin, universiti tidak diizinkan untuk merumuskan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) mereka sendiri yang berkaitan dengan Covid-19 berasingan daripada keputusan MKN," katanya sepertik dipetik oleh The New Straits Times.

Jelasnya, MKN tidak menetapkan peraturan yang berbeza untuk orang yang tidak divaksinasi.

Noraini berkata universiti mesti melindungi kebajikan pelajar untuk memastikan mereka tidak ketinggalan semasa pandemik Covid-19

Sebelum ini, media melaporkan insiden seorang pelajar perubatan berusia 22 tahun membuat laporan polis dengan mendakwa pihak universiti melarangnya mengambil peperikasaan klinikal.

Bapa pelajar perubatan itu, Mohd Razif, mendakwa Universiti Malaya gagal memberitahu anak perempuannya, Nik Farah Ellisha, bahawa dia akan dilarang mengambil peperiksaan kerana belum mengambil vaksin Covid-19.

Nik Farah dikatakan memilih untuk tidak mengambil vaksin.

Pemeriksaan yang dia dilarang ambil adalah ujian klinikal yang memerlukan pelajar perubatan berinteraksi dengan pesakit sebenar.

Sementara itu, bekas menteri pendidikan Maszlee Malik membidas teguran Noraini terhadap universiti.

"Harap hormati keputusan yang dibuat oleh UM kerana autonomi mereka berhubung isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan pelajar mereka.

"Sekiranya anda tidak setuju dengan keputusan mereka, biarkan mereka mengatasinya secara sah.

"Dia (Noraini) harus menghormati autonomi universiti dan tidak mengecam keputusan itu," katanya di Twitter.

Lihat Komen
ADS