Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Restoran, kedai makan boleh operasi hingga 10 malam
Diterbitkan:  Jun 27, 2021 8:20 PM
Dikemaskini: Jun 28, 2021 12:27 AM

Kerajaan hari ini membenarkan restoran dan kedai makan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula esok.

"Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam. S

"Setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun 2021," kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri dalam satu kenyataan.

Kerajaan sebelum ini menerima maklum balas yang serupa ketika pelaksanaan PKP 2.0 pada Januari.

Semasa PKP 2.0, kerajaan menetapkan waktu operasi kedai makan dan restoran dari pukul 6 pagi hingga 8 malam. Ini bermaksud perkhidmatan penghantaran berhenti mengambil pesanan pada pukul 7.30 malam.

Perkara itu menimbulkan keluhan daripada sesetengah individu yang bekerja kerana tidak sempat membeli makanan untuk makan malam mereka.

Kerajaan kemudiannya menetapkan waktu operasi restoran dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

Namun, ketika PKP 3.0 pada bulan Mei, kerajaan kembali menetapkan operasi kedai makan dan restoran sehingga jam 8 malam, yang menyebabkan keluhan yang sama.

Lihat Komen
ADS