Jerebu: Lima menteri Asean bermesyuarat hari ini
Perhatian tertumpu kepada mesyuarat menteri alam sekitar dari lima negara Asean di Pekanrabu di wilayah Riau, Sumatera hari ini untuk mencari penyelesaian segera dan langkah jan
gka panjang mengatasi masalah jerebu.
Perhatian tertumpu kepada mesyuarat menteri alam sekitar dari lima negara Asean di Pekanrabu di wilayah Riau, Sumatera hari ini untuk mencari penyelesaian segera dan langkah jan
gka panjang mengatasi masalah jerebu.
Pekanbaru terletak berhampiran kawasan hutan yang mengalami kebakaran yang mengakibat jerebu yang melanda Singapura, Malaysia, Brunei, dan sebahagian negara Thai. Turut terjeas ialah kawasan Sumatera dan Kalimantan, daerah Indonesia sendiri.
Menurut laporan Bernama, mesyuarat itu pada awalnya dirancang diadakan di Singapura tetapi diubah ke Indonesia selepas republik itu menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah.
Semua menteri alam sekitar dari negara yang terjejas dengan masalah jerebut menghadiri mesyuarat tersebut yang dipanggil "Mesyuarat Peringkat Menteri mengenai Pencemaran Jerebu Trans Sempadan Sub-Rantau".
Sementara itu, Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menelefon Perdana Menteri Lee Hsien Loong petang semalam dan memberi jaminan bahawa Indonesia bertekad mengambil langkah berkesan bagi menyekat kebakaran hutan dari berulang pada masa depan.
Kenyataan Kementerian Luar berkata, "Kedua-dua pemimpin bersetuju satu penyelesaian komprehensif jangka panjang diperlukan bagi mengelakkan masalah itu dari berulang.
Sebagai sebagaian dari usaha ini, Yudhoyono berkata Indonesia akan mengesahkan Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Trans Sempadan.

