mk-logo
Berita
Laporan: Ahli parlimen Umno mengaku tandatangan SD sokong Anwar
Diterbitkan:  Jul 4, 2021 1:28 PM
Dikemaskini: 10:03 PM

Ahli Parlimen Umno Jerantut, Ahmad Nazlan Idris dilaporkan mengaku menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

Mingguan Malaysia memetik Ahmad Nazlan berkata dia bersedia untuk mencuba kerajaan baru kerana pentadbiran Pakatan Harapan bawah Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah gagal dan pemerintahan Perikatan Nasional diterajui Muhyiddin Yassin juga masih belum berjaya membantu rakyat.

"Jadi, apabila ada idea mencadangkan Anwar sebagai perdana menteri, saya bersetuju.

"Masih ada dua tahun ketika ini yang boleh kita cuba, kita dah merasai 22 bulan di bawah PH, berbelas bulan dengan PN dan kita rasa pulalah kerajaan baru, mungkin kerajaan baru itu nanti lebih berwajah baru,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Nazlan tidak mendedahkan berapa ramai ahli parlimen Umno lain yang telah memberikan sokongan kepada Anwar.

"Saya apabila diminta membuat pilihan dan pertimbangan, pada saya tidak salah kerana kerajaan hari ini belum berjaya pada hemat saya, jadi baik kita beri peluang kepada kerajaan baru,” katanya lagi.

Laporan itu juga mengatakan Ahmad Nazlan sebelum ini menyokong bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein tetapi kemudian menyokong Anwar.

Terdapat desas-desus Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sedang berusaha untuk mengeluarkan Umno daripada PN, yang akan menyebabkan keruntuhan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sekumpulan ahli parlimen Umno, termasuk Hishammuddin Hussein dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob pula dikatakan berusaha untuk menyekat usaha tersebut.

Hal ini membuka 'gelanggang' pertarungan dalaman Umno yang juga akan menentukan nasib kerajaan PN.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Paling Popular
Terkini