FRU: Tiada keganasan dalam demontrasi Ahad Berdarah di KLCC
Tiada unsur-unsur keganasan sewaktu demontrasi membantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik diadakan di luar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 28 Mei lalu, kata seorang pegawai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini.
Tiada unsur-unsur keganasan sewaktu demontrasi membantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik diadakan di luar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada 28 Mei lalu, kata seorang pegawai Unit Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini.
Cif Inspektor Pusparajan Kaliapan, 40, berkata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kamal Jamal Pasha telah memberi arahan kepadanya supaya menyuraikan perhimpunan tersebut secara aman.
"Saya menyuraikan mereka dengan menggunakan meriam air, tiada kekasaran ke atas orang ramai dan kami juga tidak menggunakan cota," katanya ketika memberi keterangan dalam siasatan awam Suhakam mengenai insiden 'Ahad Berdarah' itu.
Menurut Pusparajan, hanya kekerasan minima digunakan, iaitu menggunakan trak meriam air untuk menyembur air ke arah orang ramai bagi menyuraikan mereka.
Ketika ditanya oleh panel Pesuruhjaya Suhakam mengenai perisai dan cota yang digunakan oleh anggota FRU, beliau menjelaskan, perisai itu adalah untuk melindungi mereka, manakala cota pula hanya digunakan jika orang ramai bertukar menjad ganas.
"Apa yang saya maksudkan dengan ganas di sini ialah tindakan seperti membaling batu dan melaungkan ancaman, tetapi semua itu tidak berlaku dalam demonstrasi tersebut," katanya.
Pusparajan mengulangi bahawa beliau hanya menjalankan arahan Kamal dan anggota FRU berada di situ untuk membantu ketua polis daerah tersebut.
Beliau menegaskan bahawa arahan Kamal ialah menyuraikan orang ramai secara aman.
"Walaupun terdapat mereka (antara orang ramai) yang menjerit, tidak ada sebarang ancaman dan tiada batu atau botol air yang dibalingkan," katanya.
Ditanya mengenai kecederaan yang dialami oleh Amran Zulkifli, 38, yang didakwa dipukul oleh anggota polis, Pusparajan berkata, beliau tidak nampak Zulkifli di kalangan orang ramai dan beliau terperanjat apabila mendapat tahu anggota FRU telah dipersalahkan atas kecederaannya.
Lima jahitan
Sebelum itu, Amran dalam keterangannya, mendakwa dia dipukul di kepala, leher dan tangan oleh anggota FRU ketika bersama anak lelakinya yang berusia 10 tahun.
Ahli perniagaan itu yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, berkata beliau dan anaknya sedang berjalan menuju ke dalam kompleks membelibelah KLCC tetapi terperangkap antara anggota FRU dan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
"Mula-mula mereka (FRU) menyerang saya dari belakang dan berterusan memukul saya di bahagian atas bahu dan akhirnya mereka memukul kepala saya," katanya sambil menambah, dia tidak tahu bagaimana hendak mengelak pukulan itu.
"Saya menerima sekurang-kurang lima jahitan di kepala saya," tambahnya.
Siasatan awam itu akan disambung Isnin ini untuk mendengar keterangan daripada para pegawai polis.
Semalam, Zahir Hassan, seorang jurutera yang merupakan Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), memberitahu siasatan tersebut bahawa dia ditentang dan tolak ke tanah oleh sepasukan anggota FRU (foto di bawah).
Penal Pesuruhjaya Suhakam yang mendengar siasatan awam tersebut ialah Datuk KC Vohrah, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Zaitoon Othman and Datuk Michael Yeoh Onn Kheng. Berita asal
Galeri foto insiden 'Ahad Berdarah'


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.