PM: Saya tidak ketepikan terus kritikan Dr M
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata walaupun berdiam diri, beliau tidak mengenepikan terus kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi sebaliknya membetulkan apa yang perlu, jika sesuatu kritikan itu relevan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata walaupun berdiam diri, beliau tidak mengenepikan terus kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi sebaliknya membetulkan apa yang perlu, jika sesuatu kritikan itu relevan.
"Dan sesetengahnya saya tidak dapat terima," katanya dalam wawancara dengan CNN semasa ditanya sama ada beliau tidak mengendahkan kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadapnya.
Berikutan itu, Abdullah menolak tanggapan bahawa sikapnya mendiamkan diri apabila Dr Mahathir mengkritik pentadbirannya, mungkin membunuh masa depan politikya.
"Tidak, tidak, tidak. Saya tidak fikir ia tindakan membunuh masa depan politik (saya). Beliau telah memperkatakan mengenai banyak perkara, saya membuat keputusan untuk berdiam diri dan meneruskan apa yang mahu saya lakukan.
Sambil mengakui bahawa Dr Mahathir masih disanjungi ramai selepas 22 tahun memimpin negara, Abdullah berkata beliau juga mendapat sokongan majoriti.
"Dan rakyat mahu saya berbuat apa yang saya mahu lakukan. Dan saya mempunyai dan masih mendapat sokongan majoriti hingga hari ini," katanya dalam satu wawancara dengan Anjali Rao dalam program Talk Asia yang disiarkan CNN hari ini.
Wawasan 2020
Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri juga menolak dakwaan bahawa beliau telah merungkai setiap perkara yang dilaksanakan Dr Mahathir dengan membatalkan beberapa projek mega seprti jambatan baru menghubungkan Malaysia dan Singapura
"Bukan semua yang beliau telah laksanakan. Tidak. Wawasan 2020, pencapaian terbesarnya, itu menjadi matlamat saya juga. Saya telah membangunkan apa yang saya panggil satu misi nasional. Misi itu amat besar bagi mencapai wawasan berkenaan," katanya.
Abdullah berkata beliau percaya banyak perkara lagi yang kerajaan boleh lakukan untuk membangunkan negara.
"Kami amat praktikal dalam pendekatan kami dan jambatan itu tiada kena mengenai dengan hidup atau matinya Malaysia," katanya.
Ditanya sama ada Malaysia boleh mencapai kejayaan yang begitu besar jika Dr Mahathir tidak memerintah mengikut caranya, Abdullah berkata, sebagai perdana menteri selama 22 tahun, Dr Mahathir telah membawa kejayaan besar bagi negara.
"Kami bangga dengan kejayaannya. Itu satu hakikat," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.