Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Covid-19: HTAR tempatkan katil sementara di luar Jabatan Kecemasan

Beberapa belas katil sementara diletakkan di kawasan luar Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Kelang pagi ini.

Berdasarkan tinjauan Malaysiakini, katil-katil sementara tersebut dibalut dengan plastik berwarna biru manakala kawasan tersebut dipantau pengawal keselamatan.

Secara umum pihak pengurusan HTAR hanya membenarkan kenderaan atau individu yang mempunyai urusan penting saja melalui kawasan tersebut.

Difahamkan individu yang menunggu di katil sementara luar itu jabatan itu merupakan pesakit yang disahkan positif Covid-19.

Mereka berada di situ sementara menunggu giliran untuk dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Covid-19 di di Taman Pertanian Agro Malaysia Serdang (Maeps).

Difahamkan keadaan tersebut terjadi sejak malam.

Ketika tinjauan dibuat di situ tengah hari tadi ada lebih 10 orang yang menunggu di kawasan tersebut dengan sesetengah terbaring.

Sesetengah mereka memakai pelitup muka manakala selebihnya bersahaja tanpa mengenakan alat perlindungan berkenaan.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak berjaya mendapatkan pengesahan daripada pihak pengurusan HTAR berhubung perkara tersebut kerana petugas yang ditemui meminta supaya portal ini membuat permohonan secara rasmi untuk menemu bual pihak atasan.

Untuk rekod, HTAR merupakan satu daripada 12 hospital di Selangor yang menjadi pusat saringan Covid-19 dan mengendalikan kes wabak itu.

Malaysiakini sudah menghantar e-mel kepada Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkembangan itu.

Lihat Komen
ADS