Kes baru Covid-19 di negara ini mencatat angka melebihi 9,000 untuk hari ketiga berturut-turut.

Menurut data dikeluarkan hari ini, jumlah terbaru yang dikesan sepanjang tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi ialah 9,105 kes dengan Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan 4,682 kes.

Data terkini itu juga menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di negara ini menjadi 836,296.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan sebanyak 91 kematian lagi direkodkan hari ini, dengan jumlah terkumpul kini sebanyak 6,158 kematian.

Sebanyak 34 kes kematian direkodkan di Selangor, diikuti Kuala Lumpur (21), Negeri Sembilan (12), Melaka (8), Johor (6), Pahang (3) dan Kelantan (2).

Manakala Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Labuan masing-masing mencatatkan satu kematian.

Sementara itu sebanyak 19 kluster baru dikesan dengan 13 adalah kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Berikut adalah pecahan kes terbaru dan kes kumulatif mengikut negeri:

  • Selangor: 4,682 (286,352)
  • Kuala Lumpur: 1,247 (88,958)
  • Johor: 392 (74,828)
  • Sabah: 271 (72,313)
  • Sarawak: 270 (68,869)
  • Negeri Sembilan: 541 (52,392)
  • Pulau Pinang: 243 (36,619)
  • Kelantan: 150 (36,141)
  • Perak: 207 (29,110)
  • Kedah: 382 (28,584)
  • Melaka: 278 (21,875)
  • Pahang: 300 (16,148)
  • Terengganu: 38 (11,759)
  • Labuan: 54 (9,141)
  • Putrajaya: 49 (2,599)
  • Perlis: 1 (608)

Data itu juga menunjukkan Selangor mencatat pengesanan positif baru tertinggi baru selepas mencatat 4,682 kes.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 [Laporan lanjut menyusul]