Kira-kira 200 ktangan MAS tidak puashati dengan bayaran MSS
Seramai 200 kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran pampasan yang mereka terima melalui Skim Perlepasan Sepakat (MSS), kata Kesatuan Sekerja Penerbangan Malaysia (Maseu).
Seramai 200 kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS) tidak berpuas hati dengan jumlah bayaran pampasan yang mereka terima melalui Skim Perlepasan Sepakat (MSS), kata Kesatuan Sekerja Penerbangan Malaysia (Maseu).
Setiausaha Eksekutifnya, Mustafar Maarof berkata, daripada jumlah, pihaknya mengendalikan 15 kes kakitangan kabin MAS yang tidak berpuas hati dengan bayaran pampasan tersebut.
Manakala yang lainnya, kata beliau, tidak merujuk kes mereka kepada Maseu tetapi mengendalikannya sendiri, termasuk membawanya ke mahkamah.
"Dalam surat tawaran awal MSS itu, para pekerja itu dijanjikan pampasan penuh tetapi setelah mereka bersetuju untuk berhenti, menyusul surat kedua yang menyatakan pampasan dipotong sebanyak 50 peratus.
"Kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 40-an dan telah berkerja lebih 20 tahun dengan MAS," jelasnya.
Katanya, kes tersebut telah dilaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk tindakan lanjut.
"Kes tersebut difailkan sendiri oleh pekerja terbabit, kesatuan sekerja hanya memberi khidmat nasihat membantu dari segi kos guaman," katanya lagi.
Bayar pampasan
Mustafar berkata, MAS telah memberhentikan kira-kira 2,400 kakitangan dalam satu skim MSS baru-baru ini kurang 1,600 orang daripada yang disasarkan oleh pengurusan syarikat penerbangan tersebut.
Ketika ini kira-kira 7,000 daripada 19,000 pekerja MAS menjadi ahli Maseu.
MAS dilaporkan telah membayar RM495.5 juta setakat ini kepada kakitangannya yang menerima MSS yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan itu.
Bayaran tersebut adalah antara RM2,600 hingga RM700,000 kepada 2,662 kakitangannya yang layak menerima skim pemberhentian kerja itu dari kalangan mereka yang sudah berkhidmat lebih 21 bulan.
MSS yang merupakan sebahagian daripada rancangan pemulihan perniagaan MAS untuk memulihkan kedudukan syarikat penerbangan negara itu daripada terus mengalami kerugian.
MSS itu telah ditawarkan kepada lebih 18,000 kakitangan MAS yang tetap dan telah disahkan di seluruh dunia. Sehingga tarikh tutup permohonan skim itu pada 7 Jun lalu, 4,500 kakitangan syarikat penerbangan itu menerimanya.
Bagaimanapun, MAS mempunyai 1,171 kakitangan yang akan bersara tahun ini dan tahun depan serta 2,761 kakitangan kontrak yang akan ditamatkan perkhidmatannya dalam tempoh tiga bulan hingga lima tahun akan datang.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.