Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SOP baru arah tutup bahagian tertentu dalam pusat beli-belah
Diterbitkan:  Jul 17, 2021 9:04 AM
Dikemaskini: 1:04 AM

Pusat beli-belah kini diarah menutup beberapa bahagian dalam premis mereka selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) baru dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara semalam.

Berdasarkan ketatapan yang dibuat pusat beli-belah dibenarkan untuk beroperasi "kecuali bahagian pakaian, dekorasi, kosmetik, dan bahagian mainan kanak-kanak".

Larangan itu terpakai untuk negeri atau kawasan sama ada yang masih berada dalam fasa pertama atau fasa kedua Pelan Pemulihan Negara.

Mengikut SOP yang dikeluarkan pada 9 Julai, membolehkan pusat beli-belah beroperasi tanpa sekatan tanpa diberitahu bahagian mana yang atau boleh dibuka atau dilarang.

Sementara itu, pusat-pusat jagaan harian ditambahkan ke senarai kemudahan penjagaan kanak-kanak yang menghadapi sekatan tambahan dalam operasi mereka.

Sementara itu tabika, taska, pusat jagaan harian, tadika swasta, tadika di sekolah swasta antarabangsa dan ekspatriat, pusat perkembangan minda bagi kanak kanak berusia 4 hingga 6 tahun juga berdepan dengan SOP baru.

Menurut SOP baru itu mereka tidak dibenarkan beroperasi kecuali untuk kanak-kanak yang ibu bapa atau penjara mereka berkhidmat sebagai petugas barisan depan atau di sektor perkhidmatan penting.

Sebelum ini larangan hanya terpakai untuk tadika dan pusat perkembangan minda untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS