Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
11,985 jangkitan baru, rekod 199 kematian
Diterbitkan:  Jul 21, 2021 3:42 PM
Dikemaskini: 12:56 PM

Sebanyak 11,985 kes jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah terkumpul kini sebanyak 951,884 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan sebanyak 199 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam, yang merupakan angka tertinggi setakat ini.

Ini menjadikan jumlah angka korban akibat wabak itu kini meningkat kepada 7,440 orang.

Rekod sebelum ini adalah sebanyak 153 kematian yang dicatatkan pada 18 Julai lalu.

Lembah Klang masih mencatat kes harian tertinggi dengan Selangor merekodkan sebanyak 5,550 kes dan Kuala Lumpur (1,174 kes).

Sementara itu, Pahang merekodkan lonjakan daripada 288 kes semalam kepada 603 kes hari ini.

Begitu juga di Kedah yang meningkat kepada 800 kes berbanding 701 kes semalam.

KKM juga memaklumkan sebanyak 927 pesakit di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 459 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif)

Selangor (5,550)
Kuala Lumpur (1,174)
Kedah (800)
Negeri Sembilan (745)
Johor (644)
Pahang (603)
Sabah (474)
Malacca (453)
Kelantan (386)
Penang (362)
Perak (274)
Sarawak (261)
Terengganu (171)
Putrajaya (51)
Labuan (35)
Perlis (2)


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

 


Lihat Komen
ADS