Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan belanja RM3 juta untuk kesan, kaji genom Covid-19

Ketika varian Delta mencetuskan kebimbangan di seluruh Malaysia, kerajaan melabur sebanyak RM3 juta untuk mengesan dan mengkaji lebih banyak kes dengan varian yang membimbangkan.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengumumkan satu konsortium untuk menjalankan penjujukan genom SARS-COV2 melibatkan 3,000 sampel dalam masa tiga bulan bermula Ogos ini.

Konsortium tersebut melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Kementerian Pengajian Tinggi.

“Di antara kriteria yang digunakan untuk pemilihan sampel termasuk sampel yang mempunyai nilai Ct kurang dari 25, sampel dari kluster positivity tinggi, kes kematian/BID atau dari ICU dan beberapa kriteria lain,” katanya dalam sidang media dalam talian hari ini.

Terdapat 12 jenis sampel yang akan dikaji.

Ahli-ahli dalam konsortium tersebut terdiri daripada daripada Institut penyelidikan Perubatan (IMR), UKM-UMBI, Unimas, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Tidrec Universiti Malaya, UiTM dan Institut Genom Malaysia (MGI).

Hanya sebahagian kecil jangkitan Covid-19 di Malaysia - dengan puluhan ribu setiap minggu yang dianalisis.

100 kes baru varian Delta dikesan

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu hari ini bahawa 106 kes baru dari varian Delta Covid-19 telah dikesan antara 12 Julai hingga 22 Julai.

Ini menjadikan jumlah kes Delta yang dikesan di Malaysia meningkat kepada 189.

IMR dan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Unimas juga mengesan 10 kes baru varian Beta dan tiga kes baru varian Alpha.

Ini bermakna negara telah mencatatkan sejumlah 206 kes Beta, 14 kes Alpha, 13 kes Theta, empat kes Kappa dan tiga kes Eta.

 

Lihat Komen
ADS