Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak maut dipatuk ular dalam bilik tidur

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 17 bulan maut setelah dipercayai dipatuk ular semasa bermain di dalam rumahnya di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, Muhammad Danial Iqwan Muhammad, sedang bermain dengan abangnya yang berusia tiga tahun di bilik tidur utama sambil ditemani ibu mereka.

"Tiba-tiba si ibu mendengar jeritan anaknya lalu melihat ada seekor ular menyusur ke dalam lubang di bilik tersebut.

"Ibu mangsa terus membuat pemeriksaan terhadap anaknya itu dan mendapati terdapat kesan patukan di tapak tangan kiri mangsa,” katanya dalam kenyataan di Seremban hari ini.

Hazri berkata kanak-kanak itu terus dikejarkan ke Hospital Rembau oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun katanya mangsa disahkan meninggal dunia pada 1 pagi tadi. Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS