Shahrir pesimistik hasil pertemuan Dr M-Pak Lah
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad berkata menyuarakan rasa pesimistiknya terhadap hasil bakal pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan sebelum Aidilfitri ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad berkata menyuarakan rasa pesimistiknya terhadap hasil bakal pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan sebelum Aidilfitri ini.
Pertemuan tersebut, tegasnya, tidak akan bermakna jika bekas Perdana Menteri itu cuma ingin meluahkan apa yang beliau tidak puas hati dengan pentadbiran kerajaan sekarang.
"Saya melihat perjumpaan ini memanglah satu kebaikan tetapi berdasarkan pemahaman saya terhadap perwatakan Dr Mahathir, mungkin Pak Lah tidak dapat memuaskan hatinya (Dr Mahathir)," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan kepada fakir miskin anjuran Umno Cawangan Kampung Masjid di Pulau Pinang semalam.
Menurut Shahrir, Umno akan terus menyokong Abdullah kerana beliau tidak menyimpang daripada memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
'Era dah habis'
"Kita kagumi kepimpinan Dr Mahathir sebelum ini tetapi masanya dah habis, eranya dah habis," katanya.
Sebelum, Dr Mahathir menyatakan kesediaannya menerima cadangan Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) untuk bertemu dengan Abdullah.
Dan semalam, Abdullah turut menyatakan kesediaannya untuk menemui bekas Perdana Menteri itu sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Hubungan antara Abdullah dan Dr Mahathir menjadi rengang selepas bekas Perdana Menteri mengkritik hebat keputusan kerajaan berhubung beberapa projek yang dimulakan sewaktu pentadbirannya, termasuk pembatalan projek jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
Dr Mahathir juga membangkitkan isu mengeluaran Permit Import (AP) kereta kepada beberapa individu sahaja serta kedudukan syarikat kereta nasional, Proton.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.