Didik Mat Rempit: Putera Umno tidak putus asa
Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Rahim mengulangi pendirian bahawa pihaknya akan terus membantu Mat Rempit walaupun sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang terbabit dengan jenayah dan gejala tidak sihat.
Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Rahim mengulangi pendirian bahawa pihaknya akan terus membantu Mat Rempit walaupun sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang terbabit dengan jenayah dan gejala tidak sihat.
Beliau berkata, matlamat utama Putera Umno ialah membawa Mat Rempit yang terbabit dengan kegiatan tidak bermoral dan terbabit dengan jenayah, kembali ke pangkal jalan.
Menurutnya, masalah Mat Rempit terbabit dengan jenayah, lumba haram dan maksiat bukan baru tetapi sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.
"Cuma ia tidak dilaporkan oleh media massa. Dua puluh tahun lalu, Mat Rempit sudah berlumba sama ada di kampung atau di kota, cuma orang tidak ambil kisah.
"Sejak saya mendekati golongan Mat Rempit, akhbar dan televisyen melaporkannya setiap hari," katanya yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian sekumpulan Mat Rempit menyerang Balai Polis Kubang Semang di Pulau Pinang baru-baru ini.
Insiden di Teluk Batik
Abdul Azeez, bagaimanapun tidak menganggap laporan dan pendedahan media itu sebagai satu usaha untuk mencemarkan nama beliau dan Putera Umno.
Beliau menjelaskan pendedahan media terhadap Mat Rempit bermula daripada peristiwa di Teluk Batik, Perak di mana ada beberapa daripada mereka dilaporkan ditangkap berkhalwat dan mandi dalam kolah masjid.
"Niat saya murni ialah mahu mengembalikan Mat Rempit yang bermasalah ini kembali ke pangkal jalan untuk hidup bersama masyarakat.
"Saya juga tidak akan melayan kritikan yang dilemparkan oleh pihak tertentu yang memandang rendah usaha untuk mendekati golongan Mat Rempit," katanya lagi.
Abdul Azeez berkata, Putera Umno tidak menjadi payung kepada Mat Rempit yang terbabit dengan jenayah atau yang melanggar undang-undang.
Sebaliknya, katanya, pihak menyokong dan bekerjasama dengan pasukan keselamatan membanteras kegiatan Mat Rempit yang menyalahi undang-undang.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.