Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak boleh pakai Ordinan darurat bermula 21 Julai

Semua ordinan darurat yang diisytiharkan tahun ini tidak boleh diguna pakai bermula 21 Julai, kata menteri undang-undang Takiyuddin Hassan.

"Ya, tak boleh pakailah," kata Takiyuddin (PAS-Kota Bharu) kepada Lim Guan Eng (PH-Bagan) dalam parlimen hari ini.

Lim memohon penjelasan sama ada Yang di-Pertuan Agong berkenan terhadap pembatalan undang-undang itu.

Semasa darurat, Agong boleh mengisytiharkan ordinan darurat - undang-undang yang tidak perlu mendapatkan kelulusan parlimen.

Lim bertanya sama ada semua denda dikeluarkan selepas 21 Julai sah. Setiausaha agung DAP juga mahukan penjelasan kenapa tiada pengumuman dibuat.

Setakat jam satu tengah hari, belum ada warta persekutuan di laman web Jabatan peguam Negara dikongsi berkaitan pembatalan ordinan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS