Pasukan Polis Diraja Malaysia mengadakan rombakan besar-besaran yang melibatkan 122 pegawai kanan, kurang dua bulan selepas Tan Sri Musa Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Negara.

Dalam rombakan tersebut, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Christopher Wan Soo Kee dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, dan memangku pangkat Komisioner Polis (CP), menggantikan Datuk Fauzi Shaari yang bersara bulan lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Bukit Aman turut mengumumkan pelantikan Ketua Polis Perak Datuk Zainal Mohd Tahir sebagai Pengarah Jabatan Logistik, menggantikan Datuk Kamaruddin Ali yang telah bersara.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, menggantikan Datuk Mohd Najib Abdul Aziz yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Zainal dan Abang Abdul Wahab memangku pangkat CP.

Menurut kenyataan tersebut, surat pelantikan dan pertukaran semua pegawai yang terlibat dalam rombakan itu diedarkan semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah I Bukit Aman Datuk Mohd Mokhtar Hassan dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah menggantikan Datuk Mangsor Ismail yang bersara.

Naik pangkat

Menurut laporan Bernama, Timbalan Pengarah I Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Ayob Mohamed dilantik Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman manakala Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Muhamad Muda dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) I Bukit Aman.

Timbalan Pengarah (Tahanan/Pencegahan/Pentadbiran) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Bulat dilantik Ketua Polis Perak; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan Operasi) Bukit Aman; Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Khalid Abu Bakar sebagai Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah I Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; dan Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Koh Hong Sun dilantik Ketua Polis Pulau Pinang.

Kesemua mereka memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Ahmad Bahrain Idrus berpindah ke Negeri Sembilan sebagai Ketua Polis; Timbalan Pengarah II Jabatan Logistik Bukit Aman SAC I Noor Rashid Ibrahim dilantik Timbalan Pengarah III (Penyiasatan/Perlucuthakkan Harta) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Tan Seng Eng sebagai Timbalan Ketua Polis Perak; dan Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, SAC II Muhammad Zaidon Pardi dilantik Timbalan Ketua Polis Johor.

Timbalan Pengarah III Jabatan Siasatan Jenayah SAC II Weng Beng Gee dilantik Timbalan Pengarah (Tahanan/Pencegahan/Pentadbiran) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; Ketua Penolong Pengarah II (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Abdul Razak Abdul Ghani, Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Tatatertib) Bukit Aman SAC II Robiah Abd Ghani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran pegawai ACP

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman SAC II Mashuri Zainal dilantik Timbalan Pengarah II Jabatan Logistik Bukit Aman; Komander Briged Tengah PGA SAC II Zakaria Abdullah, Timbalan Pengarah II Jabatan (KDN/KA); Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman SAC II Zul Hasnan Najib Baharudin, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur; Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Bukit Aman SAC II Mohammad Darus Mahmud sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman;

Komander Pusat Latihan Polis Jabatan KDN/KA Bukit Aman Datuk Mohd Noor Masdar, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk A. Paramasivam, Komander Briged Sabah; Ketua Jabatan Pengurusan Sabah SAC II Mohd Amin Abdullah, Komandan Pulapol Kuala Lumpur; Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Tata Negara (KJKA/KTN) Kuala Lumpur SAC II Jamaludin Khalid, Komander Briged Sarawak PGA;

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hadi Ho Abdullah pula dilantik Ketua Jabatan Pengurusan Sabah; dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC II Abdul Malek Harun sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak.

Rombakan itu melibatkan pelantikan Ketua Penolong Pengarah D7 (Kongsi Gelap) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC II Sidin Abdul Karim sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Makmal Forensik Bukit Aman; Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran/Penyelidikan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC II Md Salleh Ahmad sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan II) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC II Azman Yusof, Komander Briged Utara PGA;

Timbalan Pengarah III Jabatan Logistik Bukit Aman Datin Fatimah Ghazali dilantik Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran/Penyelidikan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman; Komander Briged Sarawak PGA SAC II Hamzah Samsudin sebagai KJKA/KTN Kuala Lumpur; Komander Briged Sabah PGA SAC II Abdul Rahman Hussin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Abd Rahim Jaafar, Komander Briged Tenggara PGA; dan Komandan Pulapol Kuala Lumpur SAC II Asri Yusoff dilantik Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Tatatertib) Bukit Aman.

Menurut Bukit Aman, selebihnya adalah pertukaran melibatkan 53 pegawai berpangkat Asistan Komisioner Polis (ACP) dan 33 pegawai berpangkat Superintendan.