Enam lagi tahanan ISA dibebaskan hari ini
Enam lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disyaki anggota Jemaah Islamiyah (JI) dibebaskan hari ini, menjadi 17 tahanan ISA yang dibebaskan sejak semalam.
Enam lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disyaki anggota Jemaah Islamiyah (JI) dibebaskan hari ini, menjadi 17 tahanan ISA yang dibebaskan sejak semalam.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, keputusan untuk membebaskan enam tahanan lagi itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kerajaan berpuashati bahawa mereka semua tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Menurut laporan Bernama, enam tahanan ISA yang dibebaskan hari ini ialah Hat from Larut Matang, Perak, Mohd Nasri Ismail (Shah Alam), Jafar Saldin (Johor Baharu South), Yusrin Haiti (Kuala Langat, Selangor), Mohd Amin Musa (Muar, Johor) and Alias Othman (Hilir Perak).
Semalam, 11 tahanan ISA dibebaskan enam daripadanya yang dikaitkan dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM), dan lagi yang disyaki anggota JI.
Mereka termasuklah Nik Adli, anak kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Polis telah melancarkan gerakan terhadap KMM sejak 2001. KMM dikaitkan dengan pertubuhan militan JI di Singapura dan Indonesia, yang matlamatnya untuk menggulingkan kerajaan di rantau ini secara kekerasan.
Kira-kira 70 orang, termasuk beberapa orang pensyarah dan profesional yang disyaki terbabit dengan aktiviti KMM, telah ditahan.

