Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ordinan darurat: Mesyuarat sama tapi keputusan beza - MP
Diterbitkan:  Jul 28, 2021 12:54 PM
Dikemaskini: 4:54 AM

Anggota parlimen PH mahukan penjelasan berhubung kenyataan bercanggah berkaitan status ordinan darurat.

Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Bharu) berkata bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dan menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa hadir mesyuarat yang sama pada 21 Julai.

“Sebab itu saya tak fikir perkara ini harus dibiarkan. Satu penjelasan mesti dicapai dalam perkara ini,” katanya.

Takiyuddin Hassan 

Saifuddin berkata demikian ketika membahaskan taklimat menteri penyelaras vaksin Covid-19 Khairy Jamaluddin di parlimen.

Setakat ini belum ada warta bagi membuktikan ordinan darurat dimansuhkan pada 21 Julai seperti didakwa Takiyuddin.

Perkara itu juga tidak pasti sama ada telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum itu, anggota parlimen pembangkang mendakwa Takiyuddin mengelirukan dewan dalam perkara itu dan mahu ia diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Lihat Komen
ADS