Pertemuan PakLah-Dr M: Tinggal tiga hari lagi sebelum Aidilfitri
Dengan hanya tinggal tiga hari lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, media tempatan membuat pelbagai spekulasi mengenai tarikh 'pertemuan' antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelesaikan pertelingkahan antara mereka.
Dengan hanya tinggal tiga hari lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, media tempatan membuat pelbagai spekulasi mengenai tarikh 'pertemuan' antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelesaikan pertelingkahan antara mereka.
Sebelum ini, Dr Mahathir dan Abdullah bersetuju untuk mengadakan pertemuan tersebut sebelum hari raya yang dijangka disambut Selasa depan, selepas umat Islam selesai melakukan ibadat berpuasa selama sebulan.
Akhbar
the Star
hari ini melaporkan bahawa Perdana Menteri sudahpun melapangkan masanya bagi menunggu pertemuan itu diadakan, dan tidak menerima sebarang jemputan berbuka puasa sepanjang tempoh tiga hari ini.
"Difahamkan, Pejabat Perdana Menteri telah mengosongkan diari temujanji Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi' sepanjang hujung minggu hingga Isnin depan," lapor akhbar berkenaan.
Satu-satunya temujanji Abdullah ialah mengunjungi rumah terbuka Menteri Kerja Raya, yang juga Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu esok, selepas sembahyang maghrib.
Walaupun ada pihak yang berpendapat masa terbaik untuk pertemuan tersebut diadakan ialah selepas solat Jumaat hari ini, tetapi hari ini juga merupakan genap setahun isteri Abdullah, Allahyarhamah Datin Seri Hendon Mahmood meninggal dunia.
Oleh itu, Abdullah mungkin mahu mengisi masanya sepanjang hari ini untuk bersama-sama dengan anggota keluarganya.
Bagaimanapun, akhbar the Sun melaporkan, mereka mungkin memilih untuk mengadakan pertemuan ini Isnin ini.
Akhbar itu melaporkan, pada hari tersebut, solat terakhir terawih telah selesai pada malam Ahad, dan Isnin merupakan masa yang sesuai untuk mengadakan pertemuan antara kedua pemimpin tersebut.
'Tengah marah'
Seperkara lagi yang turut dibangkitkan ialah sama ada pertemuan tersebut akan diadakan pada waktu siang atau malam.
"Pegawai kedua-dua tokoh tersebut yang mengatur pertemuan tersebut mengambilkira bahawa umat Islam tidak boleh marah sewaktu menjalankan amalan berpuasa.
"Semua orang tahu yang bekas Perdana Menteri itu tengah marah dan mempunyai senarai aduan yang panjang, manakala penggantinya pula seorang yang bertegas bahawa beliau betul dalam apa juga yang dilakukannya dan tidak senang dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya," lapor akhbar tersebut.
Akhbar utama yang lain tidak membuat sebarang analisa mengenai perkara tersebut tetapi melaporkan pertemuan tersebut dijangka akan menyelesaikan pertelingkahan antara mereka.
Idea untuk mengadakan pertemuan tersebut telah diusahakan oleh Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak). Berita asal

