Khairy: Apakah Dr M akan puas hati?
Khairy Jamaluddin yang turut menjadi punca rasa tidak puas hati Tun Dr Mahathir Mohamad berharap pertemuan yang dirancang antara bekas Perdana Menteri itu dengan bapa mentuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan berakhir dengan kejayaan.
Khairy Jamaluddin yang turut menjadi punca rasa tidak puas hati Tun Dr Mahathir Mohamad berharap pertemuan yang dirancang antara bekas Perdana Menteri itu dengan bapa mentuanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan berakhir dengan kejayaan.
Naib Ketua Pemuda Umno itu berkata, pergerakan tersebut yakin pertemuan itu dapat menyelesaikan banyak perkara yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Menurutnya lagi, pertemuan itu juga akan memberi banyak faedah kepada parti dan negara.
"Pemuda menerima baik cadangan pertemuan itu dan berharap ia dapat diadakan dalam bulan Ramadan ini bagi mencari keberkatan," katanya dalam laporan Bernama.
Bagaimanapun, beliau menambah, adalah sukar untuk menjangka sama ada Dr Mahathir akan berpuashati dengan hasil pertemuan tersebut.
"Pemuda berdoa pertemuan itu akan menghasilkan sesuatu yang boleh menguatkan perpaduan parti pada masa akan datang," kata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada golongan miskin di Pekan Darat, di Butterworth.
Bersetuju jumpa
Pertemuan yang diusahakan oleh Persatuan Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) itu, telah dipersetuju oleh Abdullah dan Dr Mahathir.
Bagaimanapun, tiada tarikh diumumkan untuk mengadakan pertemuan tersebut walaupun kedua-dua pemimpin berkenaan telah menyuarakan kesediaan mereka berjumpa sebelum Aidilfitri Selasa depan.
Sebelum ini, Dr Mahathir mengkritik keras Abdullah dan mendakwanya tidak cekap dan mengamalkan nepotisma serta tidak puashati dengan keputusan kerajaan membatalkan beberapa projek yang diilham sewaktu pentadbirannya termasuk projek jambatan menggantikan Tambak Johor.
Malah, Dr Mahathir juga secara terbuka menyatakan beliau mungkin tersilap memilih Abdullah sebagai penggantinya selepas beliau bersara pada 2003 yang lalu.
Berdiam diri
Dan yang terbaru ialah Isnin lalu di mana dalam wawancara di televisyen, beliau menuduh Abdullah membahayakan pertumbuhan ekonomi negara dan mendakwa sokongan untuk Perdana Menteri itu juga telah merosot.
Bagaimanapun, Abdullah telah menolak tanggapan bahawa sikapnya mendiamkan diri apabila Dr Mahathir mengkritik pentadbirannya, mungkin membunuh masa depan politikya.
Khairy turut menjadi sasaran kritikan Dr Mahathir yang mendakwa beliau mempunyai pengaruh yang kuat terhadap Abdullah berhubung dasar-dasar yang berkaitan dengan parti dan kerajaan.
Walaupun ramai pemimpin Umno mengalu-alukan pertemuan tersebut yang menurut mereka baik untuk kestabilan Malaysia, tetapi ada juga segelintir yang kurang yakin ia akan membawa hasil yang baik. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.