Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: MP Umno mesti tarik balik sokongan pada Muhyiddin
Diterbitkan:  Jul 29, 2021 4:53 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

  • Dikemas kini dengan laporan penuh.

Ahli parlimen Umno mesti melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 7 Julai untuk menarik sokongan ke atas Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, kata presidennya Zahid Hamidi.

Gesaan itu dibuat selepas teguran istana terhadap pengendalian urusan pembatalan ordinan darurat yang tidak dirungkai di Dewan Rakyat, seperti titah Yang Di-Pertuan Agong.

“Sehubungan dengan itu, Umno akan meminta Tan Sri Datuk Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin dan Datuk Seri Takiyuddin Bin Hassan untuk meletakkan jawatan secara terhormat.

“Ahli-ahli parlimen Umno mesti menzahirkan dan melaksanakan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 7 Julai lalu untuk menarik sokongan ke atas Tan Sri Datuk Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin sebagai perdana menteri,” katanya.

Muhyiddin Yassin 

Tindakan itu, kata Zahid, bagi memenuhi sumpah jawatan ahli parlimen yang wajib menumpahkan taat setia kepada Agong dan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Malaysiakini difahamkan Umno menyerahkan kepada 38 ahli parlimennya untuk mengundi ketika persidangan Dewan Rakyat.

Sementara itu, Zahid berkata Umno amat kesal dengan tindakan kerajaan mengingkari titah Agong yang mahu semua ordinan darurat dibahaskan dan dirungkai di parlimen seiring dengan perlembagaan.

“Tindakan ini jelas merupakan satu bentuk penderhakaan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bahkan membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Lihat Komen
ADS