Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Putra lapor polis terhadap Takiyuddin, peguam negara
Diterbitkan:  Jul 29, 2021 8:41 PM
Dikemaskini: 12:41 PM

Pemuda Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan polis terhadap menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Idrus Harun yang didakwa memudaratkan demokrasi parlimen dan penghinaan terhadap peranan Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja.

Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif membuat laporan polis itu di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

"Ahli-ahli kabinet, ahli parlimen tidak ada kekebalan menghina atau mempermainkan nama baik Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Malaysia walau dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara sekali pun.

"Sekiranya benar, satu tindakan tegas perlu diambil ke atas menteri dan peguam negara dan lain-lain yang terlibat," katanya.

Tengah hari tadi Istana Negara mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan rasa amat dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap cara ordinan darurat dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, Agong juga amat kecewa apabila ordinan darurat itu tidak dibentang dan dibahaskan seperti dipersetujui Takiyuddin dan Idrus di hadapan baginda pada 24 Julai lalu.

Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga amat dukacita apabila Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan dibuatnya semasa sidang khas berlangsung.

Kenyataan Istana Negara itu mengesahkan jangkaan banyak pihak bahawa pembatalan ordinan darurat tersebut dibuat tanpa mendapat perkenan Agong.

Lihat Komen
ADS