Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan kes dakwaan bunuh anak, isteri pada 19 Ogos
Diterbitkan:  Aug 2, 2021 12:55 PM
Dikemaskini: 4:55 AM

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini menangguhkan kepada 19 Ogos ini keputusan kes seorang pemandu lori yang didakwa membunuh isteri dan bayi perempuannya berusia tujuh bulan, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh baharu itu kerana beliau memerlukan masa untuk menyiapkan keputusan pada akhir kes pembelaan Satvender Singh, 35.

“Saya baru selesai buat tiga keputusan kes minggu lalu, jadi perlu sedikit masa untuk siapkan dokumen bagi kes ini,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Rajpal Singh.

Satvender didakwa membunuh D Kamaljit, 34, dan bayinya Ishilyn Kaur Sandhu di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Rawang Perdana 2, Rawang antara 3.55 pagi dan 4.15 pada 14 April 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada 17 Julai 2020, mahkamah itu memerintahkan tertuduh membela diri atas pertuduhan membunuh selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS