Dr M kata akan terus mengkritik kjaan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan menghentikan kritikannya terhadap kerajaan walaupun selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diharapkan oleh banyak pihak akan menamatkan pertelingkahan antara mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan menghentikan kritikannya terhadap kerajaan walaupun selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diharapkan oleh banyak pihak akan menamatkan pertelingkahan antara mereka.
Pertemuan selama dua jam dengan Abdullah itu berlangsung petang semalam untuk berbincang mengenai perkara-perkara yang dibangkitkannya sebelum ini yang telah mencetuskan kebimbangan., khususnya dalam Umno, yang ia boleh menjejaskan kestabilan dalam parti itu dan kerajaan.
Bekas Perdana Menteri yang berusia 81 tahun itu yang mengkritik hebat keputusan pentadbiran Abdullah membatalkan projek-projek yang dimulakan semasa pemerintahanya, malah secara terbuka mengatakan beliau mungkin tersilap memilih Abdullah sebagai penggantinya menyifakatn pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana 'mesra", tetapi membayangkan beliau masih belum puashati dengan hasilnya..
"Saya tidak boleh kata saya puashati...saya puas hati kerana dapat menyuarakan perkara-perkara tersebut kepada beliau sendiri," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.
"Saya akan terus mengkritik jika saya rasa ada perkara yang dilakukan tidak memberi faedah kepada negara," tambahnya.
Dr Mahathir berkata, beliau 'meluahkan segala isi hatinya" sewaktu pertemuan empat mata itu, dan menurutnya Abdullah telah menjawab terhadap kebanyakan isu-isu tersebut, termasuk dakwaan bahawa menantunya, Khairy Jamaluddin, mempengaruhinya dalam membuat keputusan.
Katanya, Abdullah juga menjawab dakwaan terhadap anaknya, Kamaluddin, yang dikatakan mendapatkan faedah daripada kontrak kerajaan, dan"dakwaan saya yang kita telah menjadi sebuah negara polis".
'Catat dalam buku kecil'
Dr Mahathir berkata, Abdullah memberitahunya bahawa kritikannya terhadap kerajaan hanya menguntungkan pihak pembangkang termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat dan dipenjarakan pada 1998 dan sekarang kembali aktif semula.
"Beliau berkata, setiap kali saya melakukan perkara-perkara kini, saya menjadi semakin tidak popular, dan beliau juga hilang popularitinya kerana kritikan saya.
"Tetapi beliau mencatatkan dalam buku kecil...semua yang saya suarakan, dan ia agak tebal. Saya harap selepas ini, akan ada tindakan yang diambil," tambahnya.
Minggu lalu, Abdullah dan Dr Mahathir telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan tersebut atas desakan Umno yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional yang memerintah Malaysia sejak empat dekad yang lalu.
Dr Mahathir tidak puas hati dengan keputusan kerajaan membatalkan projek-projek yang dimulakan sewaktu pentadbirannya, termasuk pembinaan jambatan untuk menggantikan Tambak Johor, dan menuduh Abdullah tidak cekap dan mengamalkan nepotisma.
Pertemuan tersebut dialu-alukan oleh banyak pihak sebagai membuka peluang kepada kedua-dua tokoh tersebut untuk menamatkan pertelingkahan antara mreka, tetapi beberapa pemimpin politik berpendapat, perselisihan antara Dr Mahathir dan Abdullah sukar diselesaikan dengan mudah.
Sebelum itu, pertemuan antara Abdullah dan Dr Mahathir Mohamad itu berlangsung di kedaman rasmi Perdana Menteri di Putraya pada jam 3 petang semalam.
Dr Mahathir kelihatan tersenyum serta melambaikan tangannya ketika meninggalkan kediaman Abdullah dalam sebuah kereta Mercedes berwarna hitam pada jam 5.10 petang.
Para pemberita yang sebelum itu, tidak pasti di mana pertemuan itu akan diadakan, telah berkumpul di beberapa tampat, termasuk ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.