Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ada pihak mahu saya campur urusan mahkamah - Muhyiddin
Diterbitkan:  Aug 4, 2021 1:03 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mendakwa terdapat pihak tertentu mendesaknya supaya mencampuri urusan mahkamah.

Desakan itu, tambahnya tanpa menyebut nama, bagi membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

"Saya tahu bahawa mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.

"Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah," katanya.

Beberapa pemimpin Umno yang tegas mahu menarik balik sokongan kepada Muhyuddin sering dirujuk sebagai “kluster mahkamah” kerana berdepan pertuduhan di mahkamah.

Sementara itu, Muhyiddin menegaskan jemaah menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah kepada rakyat, khususnya dalam menangani Covid-19.

Katanya, dia akan memastikan program vaksinasi tidak terganggu dan bantuan terus disampaikan tanpa halangan.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam, khususnya para frontliners, agar terus tabah melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda tanpa terganggu dengan kemelut politik yang sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh,” katanya.

Lihat Komen
ADS