Anak Dr M dapat kontrak lebih besar, kata Pak Lah
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan bahawa projek ya ng diperolehi anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad adalah jauh lebih besar daripada yang diperolehi Scomi Sdn Bhd, syarikat milik anak Abdullah Kamaluddin.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan bahawa projek ya ng diperolehi anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad adalah jauh lebih besar daripada yang diperolehi Scomi Sdn Bhd, syarikat milik anak Abdullah Kamaluddin.
Abdullah berkata, Dr Mahathir mendakwa Scomi Bhd mendapat kontrak mengangkut arang Tenaga Nasional Berhad tetapi tidak mempunyai kapal, walaupun tidak mempunyai kapal sendiri untuk beroperasi.
"Pasal tak dak (tiada) kapal itu tak betul, memang dia (Scomi) ada kapal...180 kapal yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang Scomi ambil alih. Anak dia (Dr Mahathir) pun dapat juga (kontrak) cuma tak tunjuk saja dan projek yang anak dia dapat lebih besar dari apa yang Scomi dapat," katanya.
Menurut laporan Bernama Abdullah, sebaliknya berkata, projek-projek yang diperolehi anak-anak Dr Mahathir' adalah jauh lebih besar daripada apa yang diperolehi oleh Scomi.
Salah satu kritikan utama Dr Mahathir terhadap Abdullah ialah dakwaan Perdana Menteri itu memberi kontrak dan tender kerajaan kepada anggota keluarganya.
D Mahathir juga mengkritik keras pembabitan menantu Abdullah Khairy Jamaluddin dalam proses keputusan kerajaan.
Bekas Perdana Menteri itu sering mempersoalkan peranan aktif Khairy dalam kerajaan walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran Abdullah. Beliau juga mempersoalkan peningkatan mendadak Khairy ke jawatan Naib Ketua Pemuda Umno.

