Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin mohon maaf, serah kepada kebijaksaaan Agong
Diterbitkan:  Aug 16, 2021 3:17 PM
Dikemaskini: 7:46 AM

Muhyiddin Yassin yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafannya sepanjang mentadbir negara.

Presiden Bersatu itu berkata dia melepaskan jawatan selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan selepas tidak lagi memiliki majoriti di Parlimen apabila 15 ahli Parlimen Umno menarik sokongan.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan daripada saudara dan saudari atas segala kekhilafan dan kelemahan saya sepanjang saya menjadi perdana menteri.

"Saya dan rakan-rakan dalam jemaah menteri telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara dan saudari sekalian dalam tempoh krisis yang masih kita hadapi pada masa ini.

"Namun, sebagai manusia pastinya ada salah dan silap di sana ini. Jadi saya memohon maaf," katanya ketika menyampaikan perutusan khas, sebenar tadi.

Muhyiddin berkata dia menyerahkan kepada kebijaksanaan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memilih perdana menteri baru dan membentuk kerajaan dalam kadar segera.

Lihat Komen
ADS