Kjaan sokong usaha Manila selesaikan isu selatan Filipina
Malaysia akan terus menyokong Manila dalam usahanya untuk menyelesaikan pertikaian dengan puak pemisah Islam di selatan Filipina.
Malaysia akan terus menyokong Manila dalam usahanya untuk menyelesaikan pertikaian dengan puak pemisah Islam di selatan Filipina.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah membincangkan penentangan oleh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan mesyuarat dua hala dengan Presiden Filipina, Gloria Arroyo Isnin lalu sewaktu menghadiri sidang kemuncak serantau di China.
"Beliau komited untuk mencari penyelesaian terhadap masalah di selatan Filipina dan beliau telah bertanya sama ada kita akan terus terbabit dalam misi khas yang kita panggil pasukan pemantau antarabangsa," kata Abdullah kepada pemberita.
"Kita sentiasa bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai strategi yang boleh digunakan, dan saya dapat lihat komitmen di pihak kita untuk mencari penyelesaian terhadap masalah ini," katanya.
"Kita akan terus membantu apabila diminta berbuat demikian," tambahnya.
Malaysia mengetuai pasukan antarabangsa yang memantau gencatan senjata antara MILF dan Manila yang ditandatangani pada 2003.
Rundingan buntu
Malaysia telah menjadi tuanrumah dan menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Manila dengan MILF yang mempunyai 12,000 anggota, yang berjuang sejak tiga dekad lalu untuk menubuhkan sebuah negara Islam di selatan Filipina.
Rundingan damai itu telah menemui jalan buntu berhubung penguasaan ekonomi yang dituntut oleh MILF atas alasan sejarah terhadap "tanah nenek moyang" dan perkampungan desa di Mindanao.
Sambil menyebut tentang sensitiviti rundingan tersebut, Abdullah enggan mendedah lebih lanjut perbincangannya dengan Arroyo, tetapi berkata Malaysia mahu melihat rundingan damai itu disambung semula.
"Kita mahu melihat rundingan tersebut...disambung semula. Adalah amat penting untuk meneruskan perbincangan, dan untuk kita meneruskan rundingan," katanya.
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.