Wakil rakyat Gerakan tidak lagi dilantik ahli majlis tempatan
Parti Gerakan tidak akan melantik mana-mana wakil rakyatnya sebagai ahli Majlis Kerajaan Tempatan lagi mulai tahun depan, kata presidennya Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.
Parti Gerakan tidak akan melantik mana-mana wakil rakyatnya sebagai ahli Majlis Kerajaan Tempatan lagi mulai tahun depan, kata presidennya Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.
Katanya, tiada lagi Anggota Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari parti Gerakan yang akan dilantik sebagai ahli majlis pada masa depan.
"Jika anda sudah dilantik sebagai Adun, mengapa anda perlu menjadi ahli Majlis lagi. Lebih baik anda beri peluang kepada orang lain supaya kita boleh gunakan ahli majlis sebagai medan untuk menyediakan Adun," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali dan Aidilfitri Gerakan yang diadakan di ibu pejabat Gerakan di Kuala Lumpur semalam, Dr Lim berkata, kedudukan dalam majlis tempatan, boleh menjadi batu loncatan terbaik bagi pemimpin Gerakan untuk menjadi Adun.
"Kebanyakan Adun di Pulau Pinang sudah berkhidmat sebagai ahli majlis sebelum ini, sebagai sebahagian daripada latihan awal," katanya dalam laporan Bernama.
Universiti terbuka
Sementara itu Dr Lim yang juga Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi berkata Universiti Terbuka Wawasan akan memulakan program akademiknya Januari ini.
Menurutnya, universiti itu juga akan menyediakan penajaan kepada 1,000 pelajar yang layak, yang pendapatan isi rumah berada bawah RM3,000.
Beliau berkata, sebagai permulaan, universiti itu akan menawarkan program ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, serta Pentabdiran Perniagaan.
Katanya, seseorang pelajar itu hanya perlu membelanjakan RM16,000 bagi mengikuti keseluruhan program ijazah di universiti berkenaan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.