Malaysiakini.tv meninjau pendapat orang ramai di Kuala Lumpur untuk mengetahui pandangan mereka mengenai tempoh tiga tahun pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Kepimpinan beliau menjadi perhatian umum berikutan kritikan keras bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh Abdullah tidak cekap menguruskan ekonomi negara dan mengamalkan nepotisme.

Bagaimanapun, Abdullah dilaporkan berkata tempoh tiga tahun tidak mencukupi kerana terlalu banyak perkara yang hendak dilaksanakan, sementelah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) pula baru sahaja dimulakkan.

Saksi klip video ini