Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sidang parlimen ditangguh seminggu
Diterbitkan:  Aug 31, 2021 8:32 AM
Dikemaskini: 12:32 AM

Sidang Dewan Rakyat - yang pada mulanya dijadual bermula 6 September hingga 30 September - ditangguh seminggu.

Dalam notis kepada ahli parlimen, Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan yang sidang akan datang akan bermula pada 13 September sehingga 12 Oktober.

Tarikh baru itu juga menunjukkan Dewan Rakyat akan bersidang selama 17 hari, iaitu tambahan dua hari daripada jadual sebelum ini.

Tarikh asal ditetapkan oleh petandbiran sebelum ini pimpinan Muhyiddin Yassin, di mana dia sepatutnya membuktikan majoriti sokongannya.

Bagaimanapun, presiden Bersatu itu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 16 Ogos lalu.

Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru pada 21 Ogos. Barisan menteri dan timbalan menteri pula mengangkat sumpah semalam.

Lihat Komen
ADS