Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 31, 2021 7:45 PM
Dikemaskini: 2:21 PM

Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Siddiq Fadzil meninggal dunia kira-kira jam 6.32 petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.

"Ustaz Dato Dr Siddiq Fadhil (USF) telah kembali menemui Penciptanya pada jam 6:32 petang Selasa 31 Ogos 2021.

"Jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan urusan seterusnya akan di maklumkan kelak. Al-Fatihah," kata pimpinan Abim yang mewakili keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan.

Sementara itu, portal Malaysiadateline melaporkan bahawa pihak keluarga memberitahu Allahyarham bukan meninggal dunia akibat Covid-19 seperti dilaporkan media sebelum ini.

Sebaliknya, Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberikan bantuan pernafasan kerana mengalami masalah pernafasan dan buah pinggang.

Allahyarham pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada sekitar tahun 1970an.

Dia juga merupakan presiden ketiga Abim dan bekas Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah).

Lihat Komen
ADS