Forum di KLSCAH sempena ulangtahun ke-19 Operasi Lalang
Sebuah forum akan diadakan sempena ulangtahun ke-19 Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) pada 7 November ini mengenai 'era kegelapan' sejarah kontemporari Malaysia.
Sebuah forum akan diadakan sempena ulangtahun ke-19 Operasi Lalang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) pada 7 November ini mengenai 'era kegelapan' sejarah kontemporari Malaysia.
Ahli panel forum tersebut terdiri daripada dua bekas tahanan Operasi Lalang Pengetua New Era Kolej, Dr Kua Kia Soong dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan Pengarah Eksekutif Pusat Kewartawan Independen (CIJ).
Forum tersebut adalah Jawatankuasa Hak Sivil dan Bahagian Pemuda KSCAH, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Perikatan Penulis Media Independen (Wami) dan CIJ.
Pengerusi jawatankuasa tersebut, Ser Choon Ing berkata, forum itu bertujuan untuk mengambil iktibar daripada kesilapan lampau ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang maju dan terbuka.
Ironinya, tegas Ser, orang yang bertanggungjawab terhadap Operasi Lalang (Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri ketika itu) kini menuduh kerajaan mentadbir sebuah negara polis dan mewujudkan 'iklim ketakunan'.
Ahli-ahli penal juga akan meninjau kembali suasana sebelum Operasi Lalang dilancarkan dan implikasinya terhadap demokrasi di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan.
KLSCAH juga, katanya, mendesak kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik Krisis Kehakiman pada 1988 dan Operasi Lalang pada 1987.
Dalam Operasi Lalang itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Saing serta enam ahli Parlimen DAP lain telah ditahan bersama para pemimpin PAS dan badan bukan kerajaan, manakala dua buah akhbar ditutup kerana didakwa mengapi-api sentimen perkauman.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.