Azimi: Pakatan Dr M-Anwar mustahil
Pemuda Umno menyifatkan pakatan politik antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'sesuatu yang mustahil berlaku'.
Pemuda Umno menyifatkan pakatan politik antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'sesuatu yang mustahil berlaku'.
Bagaimanapun, jika pakatan itu benar-benar berlaku, Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim menjangka lanskap politik negara akan menyaksikan satu perubahan besar.
Beliau yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah berkata, ini kerana kedua-dua pemimpin itu mempunyai pengaruh dan aura yang besar untuk menarik sokongan rakyat.
"Gelombang sokongan rakyat kepada pembangkang mungkin lebih besar daripada tahun1998 selepas Datuk Seri Anwar dipecat dari Umno kerana kedua-dua mereka dapat menarik sokongan rakyat.
"Untuk itu, Umno kena bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika mereka bergabung dalam satu pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau sedia menerima Dr Mahathir jika bekas Perdana Menteri itu menjadi penasihat kepada pakatan pembangkang.
Anwar berkata demikian ketika menghadiri majlis sambutan hari raya anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu di Kuala Terengganu malam tadi.
Sukar terjadi
Azimi bagaimanapun percaya pakatan politik membabitkan kedua-dua tokoh itu sukar dilakukan, lebih-lebih lagi Dr Mahathir mempunyai sejarah hitam dengan pembangkang.
"Saya tidak percaya sama sekali Tun Dr Mahathir sebagai seorang tokoh besar dan pernah menjadi Presiden Umno 22 tahun, mahu menyertai pembangkang.
"Sebagai tokoh yang berpandangan luas, Dr Mahathir tidak mungkin mengambil keputusan menyertai pembangkang hanya dengan perselisihan pandangan dengan pucuk pimpinan Umno," katanya lagi.
Beliau berkata, pakatan dengan Dr Mahathir juga akan menjadi satu tamparana kepada Anwar kerana sebagai Penasihat PKR, tindakan itu bermakna bekas Timbalan Perdana Menteri itu menafikan kebolehannya sendiri sebagai tokoh politik yang disegani.
Azimi menambah, tiada sebab untuk Dr Mahathir meninggalkan Umno kerana beliau tidak pernah bermusuh dengan parti itu, tetapi sebaliknya hanya sekadar mengkritik kepimpinannya sahaja.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.