Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan buat rayuan terhadap kes hak kerakyatan anak lahir di luar negara

Kerajaan membuat pemfailan di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa bayi lahir di luar negara oleh wanita warga Malaysia dan bapa bukan warga secara automatik berhak mendapat kerakyatan Malaysia.

Peguam Gurdial Singh Nijar mengesahkan dengan Malaysiakini yang Pejabat Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan hari ini.

Ini bermakna AGC - yang bertindak bagi pihak kerajaan yang merupakan defendan dalam kes ini - dalam tindakan undang-undangnya, telah membuat pemfailan agar Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 9 September lalu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan saman yang dikemukakan enam wanita warga Malaysia dan kumpulan hak asasi Family Frontiers.

Gurdial bertindak bagi pihak mereka.

Pada hari itu, hakim Akhtar Tahir antara lain memutuskan wanita warga Malaysia (yang berkahwin dengan lelaki asing) memiliki hak yang sama seperti lelaki warga Malaysia yang berkahwin dengan wanita asing, untuk mewariskan kerakyatan terhadap anak mereka yang lahir di luar negara.

Keputusan itu dipuji beberapa menteri, antaranya Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun.

Gurdial berkata lagi, pihaknya menerima salinan notis rayuan AGC hari ini.

"Ya, mereka failkan notis rayuan," katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada AGC berkenaan perkara ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS