Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu kerakyatan anak: Dengar suara para ibu rakyat Malaysia, kata Annuar

Suara golongan ibu warganegara Malaysia dalam soal kewarganegaraan automatik bagi anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwinan dengan warga asing perlu didengari.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa yakin kabinet akan meneliti hal tersebut dalam semangat Keluarga Malaysia.

"Saya berpandangan suara para ibu rakyat Malaysia harus kita dengari.

"Oleh kerana ia menyentuh soal dasar dan perundangan, saya percaya Kabinet adalah forum paling sesuai meneliti hal ini dalam semangat #Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Sept lepas yang memutuskan bahawa bayi dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing secara automatik berhak mendapat kerakyatan negara ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS