story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Chong Wei sumbang 32 katil Covid-19 ke Hospital Bukit Mertajam
Diterbitkan: Ā Sep 17, 2021 9:26 PM
ā‹…
Dikemaskini: 3:14 PM

Sumbangan jaguh badminton negara yang bersara Lee Chong Wei membolehkan Hospital Bukit Mertajam membina wad baru dengan tambahan 32 katil Covid-19.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkongsi perkara itu, berkaya Yayasan Lee menderma RM243,000 untuk projek tersebut.

"Hari ini saya lawat kerja-kerja membina ruang tambahan di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

"Dengan ini, HBM akan ada tambahan 32 katil Covid-19 dan boleh memberi rawatan awal kepada pesakit serius sementara menunggu ICU di Hospital Pulau Pinang," katanya pada kicauan di Twitter.

"Kos projek ini sebanyak RM243,000 disumbang oleh Yayasan Lee Chong Wei.

"Terima kasih wira kita, anak Bukit Mertajam, anak Malaysia," ciap Sim lagi.

Lee, bekas pemain badminton nombor satu dunia dan pemenang pingat perak Olimpik, dibesarkan di Bukit Mertajam.

Sementara itu, Sim berkongsi melalui Facebook bahawa peluasan itu melibatkan penambahan dua bilik ke Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Kerja-kerja projek berkenaan bermula hari ini dan dijangka selesai dalam dua minggu.

Pulau Pinang mengalami lonjakan kes harian dan kematian Covid-19. Hari ini sahaja negeri itu mencatatkan 1,462 kes baru.

Sejak dua minggu terakhir, negeri ini mencatatkan 18 korban, jumlah kematian tertinggi bagi setiap 100,000 orang di seluruh negara.

Hospital Bukit Mertajam ditukar menjadi hospital hibrid pada 25 Julai, merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid.

Bulan lalu, tular video menunjukkan pesakit dirawat di wad sementara di sebelah longkang yang melimpah.

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kemudian menjelaskan pekerja hospital terpaksa bertindak sedemikian kerana jumlah pesakit yang tinggi.

Lihat Komen
ADS